Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Bumi dan Tsunami

Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Bumi dan Tsunami

TABUNG BANTUAN MANGSA GEMPA & TSUNAMI , PALU & DONGGALA, SULAWESI TENGAH, INDONESIA


29 September 2018. Terkini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) Indonesia, sekurang-kurangnya 48 dilaporkan maut, 356 cedera, dan ribuan hilang tempat tinggal susulan gempa yang bermagnitud  7.5 sr di Palu, Indonesia. Angka sebenar korban masih belum dapat dikenal pasti namun dijangka terus meningkat berikutan terdapat ramai yang melaporkan kehilangan ahli keluarga. Palu adalah ibukota Sulawesi Tengah yang mempunyai taburan penduduk seramai kira-kira 350,000 orang manakala Donggala 300,000 lebih.



Gegaran yang bermagnitud 7.5 sr tersebut disusuli dengan ‘ Tsunami’ setinggi 3 meter yang telah meranapkan ribuan kediaman,masjid, hotel, pusat beli belah dan Jambatan Ponulele yang menghubungkan Palu Timur dan Palu Barat. 


Tsunami dan Gempa bumi yang berlaku di Palu dan Donggala, Sulawesi ini telah menyebabkan ramai penduduk hilang tempat tinggal, ahli keluarga, pusat-pusat kegiatan masyarakat, masjid dan sebagainya. Malah pusat rawatan kecemasan dan hospital juga tidak dapat menampung mangsa cedera yang terlalu ramai. 





Kami daripada Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) mengambil cakna akan isu ini dan ingin membangkitkan kesedaran dalam kalangan rakyat di Malaysia tanpa mengira kaum untuk sama-sama mengambil bahagian membantu mangsa Gempa di Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah yang sedang menghadapi saat-saat sukar dan perit ini.


Marilah sama-sama kita menyumbangkan bantuan bagi meringankan bebanan mereka dari segi material atau spiritual untuk membaik pulih pembangunan kawasan tersebut iaitu Palu dan Donggala, khususnya kediaman ribuan mangsa yang musnah teruk akibat daripada gempa dan tsunami yang melanda.




INFO PENTING Kami juga telah buat satu link mudah untuk tuan puan bersedekah dengan mudah. 
Hanya tekan sahaja link ini dan tuan puan boleh berhubung terus dengan
 pegawai kami.

Ini link nya  +60106682270 .

.

Tuan puan boleh menyumbang seberapa jumlah yang tuan puan mahukan ke akaun berikut:

PERTUBUHAN KEBAJIKAN SERANTAU MUSLIM

5641 0042 1083

Maybank Islamik

SWIFT CODE : MBBEMYKL  

Mohon maklumkan sebarang transaksi kepada +60106682270 ataupun email kepada admin@smuslim.com untuk tujuan rekod. 
.

Harapan kami besar, supaya lebih ramai yang bersedekah kepada mereka yang amat memerlukan . Insya Allah ganjaran pahala yang besar menanti tuan puan. InsyaAllah Aamiin.


Terima kasih sekali lagi dari kami di SERANTAU MUSLIM.


Sedekah? Serantau Muslim


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Tabung Bantuan Kecemasan Sulawesi (RM 10)
Tabung Bantuan Kecemasan Sulawesi (RM 20)
Tabung Bantuan Kecemasan Sulawesi (RM 50)
Tabung Bantuan Kecemasan Sulawesi (RM 100)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Pengendalian (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau
Boleh letakkan sebanyak hajat supaya pihak kami dapat sama sama doakan agar Allah makbulkan hajat tuan puan.

BUTIRAN PEMBAYARAN