#PEACE FOR ARAKAN - IBADAH QURBAN 2019 DI ARAKAN

"TERLEPAS QURBAN TAHUN INI, TAHUN DEPAN BELUM TENTU HIDUP.."





Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain.

Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya.

Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat.

Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”



[Hadith Riwayat Al-Bukhari]

..

JOM BANTU SAUDARA SEAGAMA KITA

DENGAN BERI MEREKA MAKAN DAGING TAHUN INI


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan Rohingya sebagai golongan masyarakat yang menerima penindasan paling buruk di dunia.


Penduduk Muslim Arakan dibunuh dan dihapuskan secara besar-besaran sejak Burma menceroboh Arakan pada tahun 1784.


Mereka mahu menukar Arakan menjadi wilayah Buddha yang berpengaruh di Myanmar. Bahkan lebih kurang seramai 1.5 juta Muslim Rohingya dipaksa keluar dari tanah air mereka apabila junta tentera berkuasa sejak tahun 1962.

..



ISU UMAT ISLAM YANG BERLAKU DI ARAKAN TIDAK TERHENTI DI SITU.  Jom dengarkan pengalaman terkini berkaitan derita di Arakan.

.


Gambar di dalam Arakan. Dari kiri Ustaz Hakim, Afnan Rosli, dan Dr Taufiq Razif

.

Ini perkongsian Dr Taufiq Razif, sukarelawan Serantau Muslim yang berjaya masuk sendiri ke dalam perkampungan Arakan. Jom kita baca dan hayati. 



Anak ni sedang kelaparan tetapi buncit!

Semalam saya pergi masuk ke kem Arakan. Salah satu rumah yang saya singgah adalah rumah adik dalam gambar ni.

Saya tanya bila last sekali makan, si ibu bagitahu ada makan semalam tapi ada masak nasi malam tadi tapi tak tahu nak makan apa dengan nasi tu.

Untuk bagi nasi tu ada rasa, si ibu tu ambil cili, tumbuk tumbuk dan gaul dalam nasi tu. Tu lah nasi yang dia suap pada anak anak dia malam tu.

Rupanya, mereka ni makan daging setahun sekali je. Tu pun kalau ada orang buat Qurban Aidiladha kat sana. Kalau tak ada yang buat Qurban kat sana, mungkin bertahun tahun baru mereka boleh jamah daging.

Budak ni buncit sebab tak dapat daging dan protein la ni. Ni la namanya Kwashiorkor. Kwashiorkor ni adalah malnutrition akibat kurang protein.

Bila kurang protein, terjadi la 'osmotic imbalance' pada bahagian sistem 'gastro-intestinal' tu. Tu yang jadi bengkak ataupun edema kat bahagian perut tu.

Nampak macam buncit sebab kenyang kan? Rupanya sebab kelaparan dan dah lama tak dapat daging ataupun protein!

Banyak pahala ni kalau boleh Qurban lembu atau kambing kat sini sebab mereka makan daging Qurban kita tu untuk hidup!

Taufiq Razif
Arakan, Myanmar
11 Julai 2019

=========================================



Jom tahun ni kita bantu beri makan kepada saudara kita dalam kesusahan.


Teruskan scrol page ini untuk membuat tempahan qurban.


PENTING: SILA ISI BORANG MAKLUMAT SELEPAS MEMBUAT PEMBAYARAN UNTUK MEMASTIKAN NAMA PENAMA DIBANNER DAPAT DI BUAT



(gambar Dr Taufiq Razif sedang berada di rumah orang Arakan, sedang menunjukkan tiada bekalan makanan yang tinggal di rumah. Hanya botol kosong sahaja yang ada. Sedihnya. Jom kita beri makan daging pula kepada orang Arakan ini. )


"NOTA SEBELUM MEMBUAT PEMBAYARAN"

KAEDAH PEMBAYARAN 3RD PARTY DALAM SISTEM INI ADALAH MENGUNAKAN BILLPLZ SDN BHD.
Sekiranya anda memilih untuk mengunakan secara manual transfer, boleh hubungi di talian +03-84081789
.




SEKIRANYA MASA PENDAFTARAN TELAH TAMAT ATAU QUOTA LEMBU DAN KAMBING TELAH CUKUP ANDA BOLEH TERUS HUBUNGI +03-84081789 UNTUK BERTANYA JIKA ADA PESERTA TARIK DIRI


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
LEMBU GRED A 2019 ( RM 450/PER BAHAGIAN)
LEMBU GRED B 2019 (RM 350/PER BAHAGIAN)
KAMBING (RM 580 / SEEKOR) HABIS STOK
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Pengendalian (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau
Contoh : Fatimah Binti Sulaiman..... (Qurban/Aqiqah) Sekiranya lebih dari satu orang , masukkan semua nama

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN


Maklumat Peniaga

PERTUBUHAN KEBAJIKAN SERANTAU MUSLIM
admin@serantaumuslim.org.my
+60384081789