TAJA BERBUKA 2019

15,489 PEK BANTUAN MAKANAN BERJAYA DISAMPAIKAN RAMADHAN INI

Kami masih memerlukan 20,511 pek makanan lagi untuk diagihkan kepada saudara seagama kita di serantau Asia Tenggara bersama Syria dan Palestin




Terima kasih kerana bersama-sama kami memberi bantuan makanan pada muslim minoriti di asia tenggara pada tahun ini. Alhamdulillah, 15,489 pek bantuan makanan berjaya kami sampaikan. Antara negara yang terlibat ialah Syria, Palestin, Malaysia, Thailand, Indonesia, Kemboja, Vietnam, Filipina, Arakan Myanmar, Bangladesh, LebanonLaos, India, Uganda, Jordan.




Tetapi jumlah yang kami sampaikan masih kurang berbanding jumlah umat Islam yang memerlukan. Contoh seperti di salah satu kem pelarian Syria, jumlah pelarian Syria di kem tersebut lebih 2,000 keluarga tapi pek makanan yang kami boleh sampaikan untuk kem itu hanya 1,200 pek makanan sahaja. Sehingga ada yang datang sendiri ke wakil kami bertanya ada lagi tak pek makanan kerana sudah lebih seminggu anaknya tak makan. Tapi apakan daya hanya itu saja yang kami mampu sampaikan. Sebak kami terfikirkan peristiwa itu.




Perkara ini bukan berlaku di kem itu sahaja, seperti kem perlarian Rohingya di Cox's Bazaar, Bangladesh. Pek makanan yang kami sediakan untuk mereka hanya 500 pek sahaja, tapi perlarian di sana lebih 100,000 orang. Boleh bayangkan semasa kami sampaikan pek makanan yang tak terpilih mereka menunggu di tepi mengharapkan ada lebih untuk mereka bawa balik ke rumah.




Kepada siapa kami nak berkongsi cerita ini, kepada siapa kami nak minta lagi.


Kami mengharapkan daripada tuan/puan untuk teruskan menyumbang dan menyampaikan mesej ini kepada kenalan. Semoga ia menjadi saham pemberat timbangan amalan kita di akhirat kelak.


Di bawah merupakan video dan gambar aktiviti taja berbuka yang kami jalankan.


[GAMBAR]


Dengan RM100 tuan/puan dapat memberi bahan mentah untuk satu keluarga makan selama sebulan. Tapi kalau tu agak tinggi, tuan/puan boleh menyumbang RM10 untuk pek berbuka puasa. Semua sumbagan kami akan salurkan di bulan Ramadhan ini.




Rebutlah peluang di akhir Ramadan, lakukan 5 amalan ini untuk rahmat Lailatul Qadar


1. Menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadah solat serta membaca Al-Quran. Daripada Abu Hurairoh sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata yang bermaksud: "Sesiapa yang bangun malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan perhitungan (muhasabah diri), akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu. 

2. Membangunkan ahli keluarga seperti mana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah. Daripada Aisyah: Adalah Rasulullah jika masuk pada malam 10 malam terakhir, maka ia akan menghidupkan malam-malam itu dan membangunkan ahli keluarganya dan akan menjauhi daripada membuat hubungan suami isteri.

3. Beriktikaf di dalam masjid dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti solat, zikir, membaca al-Quran dan sebagainya. Ini kerana baginda Rasulullah akan beriktikaf ketika mana masuk 10 malam yang terakhir. 

4. Berdoa kepada Allah dengan meminta keampunan-Nya. Aishah pernah bertanya baginda Rasulullah apa yang perlu dikatakan pada malam Lailatul Qadar, maka kata Baginda: “Katakanlah, Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Engkau Maha Mulia dan suka kepada pengampunan maka ampunilah aku. 

5. Bersedekah dengan keikhlasan kepada Allah. Ini kerana jika sedekah yang dilakukan itu bertepatan dengan malam Lailatul Qadar maka amalan sedekah itu juga akan dilipatgandakan lebih baik dari 1,000 bulan.


Semoga sedekah kita pada 10 malam terakhir Ramadhan ini menjadi sedekah pada malam Lailatul Qadar


Jangan lepaskan peluang ini, kami akan tutup tajaberbuka ini jika qouta telah mencukupi.

Dan kemungkinan kami akan tutup awal kerana kekangan masa untuk sampaikan dalam bulan Ramadhan.

Isi borang di bawah sekarang untuk taja berbuka Ramadhan ini.


[GAMBAR]


Boleh layari website dan telegram rasmi kami untuk mengetahui aktiviti-aktiviti kami

Website -> www.serantaumuslim.org.my

Telegram -> t.me/serantaumuslim


Waqaf air waqaf paling afdal untuk mak ayah

www.waqaftelaga.com





Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Tajaberbuka RM10
Tajaberbuka RM100
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Pengendalian (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PEMBAYARAN