Selamat Datang


Selamat datang ke Sistem OnPay untuk PERTUBUHAN KEBAJIKAN SERANTAU MUSLIM.

Periksa URL anda dan pastikan bahawa anda telah memasukkan URL yang betul.



Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) meletakkan slogan Persaudaraan Rentas Sempadan (Brotherhood Beyond Borders) sebagai azimat untuk membawa visi mempererat persaudaraan Islam tanpa terikat dengan sempadan geografi.  SERANTAU MUSLIM meletakkan VISI dalam gerak kerja yang jelas iaitu “Menerajui Perhubungan Antara Umat Islam di Malaysia dan Serantau Asean Serta Menjuarai Gerakan Bantuan Kepada Muslim Di Malaysia Dan Serantau ASEAN”.

Dengan memberikan fokus khusus kepada Umat Islam Minoriti, SERANTAU MUSLIM meletakkan MISI yang jelas iaitu “Membela nasib Muslim Minoriti di Malaysia dan serantau ASEAN khususnya melalui bantuan kemanusiaan, kerjasama ekonomi,  pembangunan pendidikan serta pengembangan bakat kepimpinan anak muda.”

SERANTAU MUSLIM berhasrat untuk menjadi sebuah organisasi yang mampu untuk menjadi satu suara yang vokal dalam membawa mesej persaudaraan dan kedamaian. Untuk tujuan itu, SERANTAU MUSLIM aktif mengadakan kerjasama dengan banyak NGO di seluruh rantau ASEAN khususnya dalam menjayakan visi dan misi Serantau Muslim termasuklah mengetuai AMSEC (Asian Muslim Secretariat) iaitu sebuah organisasi yang dianggotai oleh NGO dari seluruh Negara Asean yang berjumlah seramai 32 buah NGO.

SERANTAU MUSLIM menyasarkan program berdasarkan 7 OBJEKTIF UTAMA iaitu Membina Jaringan Kerjasama, Mengadakan Kutipan Derma dan Sumbangan, Mengadakan Kempen Kesedearan Umat Islam, Mengadakan Dana Khas Bencana Alam, Membina Barisan Pelapis Kepimpinan Umat Islam, Menjadi Wakil Suara Umat Islam Asean dan Memberi Penumpuan Khusus Kepada Pendidikan.

SERANTAU MUSLIM juga menyusun program dan aktiviti berasaskan kepada 9 STRATERGI BERTINDAK merangkumi Pendidikan dan Tajaan, Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam, Bantuan Kebajikan, Projek Kesihatan, Program Am, Bantuan Ekonomi, Suara Umat Islam Serantau , Program Pendidikan Kepimpinan (Anak Muda) dan Projek Khas.

Sebarang Pertanyaan