Bantuan Kecemasan Bencana Di Lombok

Bantuan Kecemasan Bencana Di Lombok

Pada 5 Ogos yang lalu Lombok, Indonesia dikejutkan dengan gegaran gempa bumi sehingga 6.9 magnitude dan beberapa gegaran susulan selepas itu. Kawasan yang terjejas teruk adalah Lombok utara,selatan dan barat. Berita rasmi pada 24 Ogos menyatakan angka korban kini sudah mencecah 436 orang dengan lebih 1,300 cedera dan hampir 353,000 kehilangan tempat tinggal.



Selepas lawatan terakhir Serantau Muslim pada 2 minggu lalu, kami telah dapati keperluan asas yang mereka sangat perlukan. Pertama rumah sementara atau nama lain hunian sementara(huntara), kerana rumah mereka duduki sebelum ini roboh atau tidak selamat diduduki akibat gempa bumi tempoh hari.

Kata Encik Rahman “Rumah yang yang saya bina saya sara bertahun-tahun runtuh dalam masa satu hari”.


Katanya lagi mereka sekarang tinggal bersama-sama 150 penduduk lain di sebuah khemah besar dan bayangkan kesempitan mereka disitu. Disamping ada keluarga mempunyai anak kecil yang menangis dan ada tiada keselesaaan dan privasi disitu.

Mungkin ada yang berkata hunian sementara ini akan di robohkan dan rugi jika didirikan. Sebenarnya sementara yang di maksudkan mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk mereka pulih. Bukan beberapa bulan seperti yang di gambarkan.



Selain dari itu, diperkampungan mangsa bencana hanya mempunyai satu kamar mandi untuk 150 penduduk di sana gunakan. Dan ia juga sudah separuh roboh. Tambahan ia juga memerlukan sumber air bersih untuk makan dan membersihkan diri.

Huntara, kamar mandi dan sumber air bersih(tangki air) kami selaraskan sebagai pembangunan perkampungan.

Untuk membangunkan kembali ekonomi mangsa gempa Serantau Muslim menemukan pembangunan ladang lebah. Ia melibatkan 150 buah keluarga.

Semoga Allah mempermudahkan urusan hambanya yang memudahkan urusan orang lain

Aminnn…


 


INFO PENTING Kami juga telah buat satu link mudah untuk tuan puan bersedekah dengan mudah. 
Hanya tekan sahaja link ini dan tuan puan boleh berhubung terus dengan
 pegawai kami.

Ini link nya  +60106682270 .

.

Tuan puan boleh menyumbang seberapa jumlah yang tuan puan mahukan ke akaun berikut:

PERTUBUHAN KEBAJIKAN SERANTAU MUSLIM

5641 0042 1083

Maybank Islamik

SWIFT CODE : MBBEMYKL  

Mohon maklumkan sebarang transaksi kepada +60106682270 ataupun email kepada admin@smuslim.com untuk tujuan rekod. 
.

Harapan kami besar, supaya lebih ramai yang bersedekah kepada mereka yang amat memerlukan . Insya Allah ganjaran pahala yang besar menanti tuan puan. InsyaAllah Aamiin.


Terima kasih sekali lagi dari kami di SERANTAU MUSLIM.


Sedekah? Serantau Muslim


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pembangunan Perkampungan (RM 100)
Pembanguan Ekonomi (RM 50)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Pengendalian (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau
Boleh letakkan sebanyak hajat supaya pihak kami dapat sama sama doakan agar Allah makbulkan hajat tuan puan.

BUTIRAN PEMBAYARAN